Skip to main content

Program Motivasi Percuma


Kami Sedia Membantu Anda
Merancang menganjurkan program motivasi untuk pelajar/belia/siswa? Peruntukan terhad? Tiada idea untuk pengisian program? Inginkan suatu kelainan dalam program anda? Kurang peruntukan untuk penceramah/konsultan? Anda seorang guru/sukarelawan/badan NGO/siswa atau sesiapa sahaja. Kami ada jalan penyelesaian untuk membantu niat murni anda.

Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Terengganu (PEMIKIR) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-020-11-03072012). Menawarkan khidmat pengendali program motivasi berpengalaman secara PERCUMA. Terdiri daripada fasilitator yang dipilih secara khusus iaitu Alumni Pemimpin Kanan  Pelajar Menengah Negeri Terengganu bermula pada tahun 2010.

Pada dasarnya, pertubuhan ini bertujuan bagi mengumpulkan semua pemimpin pelajar di bawah satu pertubuhan berdaftar dan memberi pendedahan, bimbingan serta latihan bagi menjalankan program-program kemasyarakatan di seluruh negara. PEMIKIR menjadikan aspek ukhuwah, budaya islah dan kepimpinan dakwah sebagai teras latihan di samping memupuk semangat persaudaraan dan menjadikan Islam sebagai asas perjuangan melalui kaedah program yang berunsurkan dakwah.

Perkhidmatan yang ditawarkan:
1) Mengendali kem kepimpinan pelajar, belia dan siswa.
2) Mengendali kem akademik dan motivasi.
3) Program pembangunan sahsiah dan akhlak.
4) Program ‘Outdoor’ (mendaki gunung, perkhemahan dan riadah)
5) Ceramah umum

Untuk maklumat lanjut, hubungi perunding anda sekarang.
Mohd Abu Sa’id Abdul Razak (En Aa)
013-9474223

Comments

  1. Penceramah masih muda.. tp info dan cara penyampaian memang terbaik.. teruskan perjuangan mu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak perlu saya belajar. Terima kasih kerana sudi berikan kepercayaan kepada saya. Harap boleh jumpa lagi.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it