MEMBONGKAR KEAJAIBAN DAN RAHSIA SENTUHAN Islam merupakan agama yang sangat indah merangkumi semua aspek baik dari segi rohani dan jasmani. Tapi sayangnya, masih ramai dikalangan kita yang tidak sedar akan rahsia-rahsia tersirat disebalik setiap saranan dan suruhan agama sehingga kita tidak mendapat manfaat daripadanya. Salah satu daripadanya adalah berkaitan rahsia dan keajaiban SENTUHAN . Melalui sentuhan, ia mampu mengeratkan hubungan, menghantar gelombang kasih sayang, membuktikan dan menyampaikan isyarat cinta dan bermacam-macam lagi. Tapi, bagaimanakah kaedah sentuhan yang dimaksudkan? Adakah kita telah mempraktikkan kaedah sentuhan yang mampu memberi kesan dalam kehidupan kita? Pelbagai masalah yang melibatkan perhubungan sering terjadi hanya kerana kegagalan memahami dan mempraktikkan rahsia sentuhan. Hubungan dengan kenalan, hubungan antara guru dan pelajar, hubungan ibu bapa dan anak-anak, hubungan suami isteri dan sebagainya. Menurut salah seorang pengkaji
ROHINGYA – ANTARA KEJAHATAN MANUSIA DAN KESESATAN AGAMA ( Sumber asal: https://www.facebook.com/wargaprihatin?fref=photo ) Tersentuh hati atas nama kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam apabila bot yang sarat dengan muatan manusia terutama kanak-kanak dan wanita dari Rohingya tidak dibenarkan mendarat. Sejak 20 tahun dahulu begitu ramai pelarian ini yang ‘ghaib’ di lautan apabila tiada negara yang mahu menerima mereka. Kami telusuri semua artikel dari pelba gai sumber, termasuk video dari portal berita antarabangsa untuk membuat sedikit rumusan. Perhatikan klips dalam video ini; termasuk ulasan para sami, beberapa wartawan antarabangsa, juga luahan penduduk budha dan warga Rohingya sendiri. Ada yang kata mereka ini bangsa pengecut kerana lari meninggalkan tanah air sendiri. Jika diberi perlindungan dan mendapat Identiti UNHCR pula, mereka akan naik lemak dan tidak menghormati kita selaku tuan rumah. Bagaimanalah mereka harus melawan penghapusan etnik yang disokong kerajaa