SEDIH DAN TERSENTUH.. "Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?" Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak. Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan. Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat. Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa. Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j. "Jom." Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manj...
Blog persendirian http://dakskema88.blogspot.com/