KUALA LUMPUR – Seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila dirogol di depan anaknya demi menyelamatkan maruah anak perempuannya yang berusia 12 tahun, oleh seorang daripada 2 penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu, Subang. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda tersebut yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit bagi menentukan siapa yang akan menjadi mangsa sama ada dia atau anaknya. Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu yang tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya menjadi mangsa seorang daripada 2 penyamun berusia lewat 20-an terbabit. “Sebelum itu, 2 suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika mereka berdua sedang tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam. “Dua penjenayah terbabit mengikat kedua beranak itu serta mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak ingin dicederakan,”. Sumber ...
Blog persendirian http://dakskema88.blogspot.com/