Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran.
Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'.
Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia?
Jawapan:
Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Salah seorang kenalan berkongsi, pernah beberapa kali dia ternampak Qarin ini membuka mulut seluas-luasnya dari belakang leher manusia sambil menelan zat makanan yang disuap oleh manusia. Dia juga pernah ternampak saiz tubuh badan Abdullah Afiat semakin membesar semasa 'pemiliknya' sedang menjawab laungan azan yang dilaungkan.
Ilmu tentang kedua-dua pendamping ini tidaklah penting untuk diketahui atau difahami. Tetapi ia boleh menjawab persoalan tentang kenapa ada sesetengah manusia sering terdorong untuk melakukan kebaikan atau kejahatan. Kenapa ada dikalangan kita sering teruja untuk melakukan perkara2 tidak baik atau sebaliknya. Ada kalanya kita mendapat dua kaedah untuk menyelesaikan sesuatu perkara

Andai ada salah faham, mohon diberi teguran. Sekadar perkongsian daripada ilmu saya yang sedikit berbanding Ilmu Allah yang maha luas.
secebis perkongsian yang baik :)
ReplyDeletenice sharing!
ReplyDeleteMohon dinarasikan dengan takwim, bagaimana cara mengenal dan berkomunikasi dg Malaikat Abdullah Afiat ini.
ReplyDeleteSebagian orang tertentu punya kemampuan untuk melihat Qorin dan ada cara tertentu pula cara memiliki kemampuan berkomunikasi dengan Qorin