Skip to main content

Posts

Showing posts from July 1, 2013

Selamat tinggal UUM

Alhamdulillah.. Akhirnya, tamatlah sudah pembelajaran aku di UUM untuk tempoh 3 tahun.  Terlampau banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang tempoh pembelajaran aku di sini.  Kisah pahit, manis, suka dan duka sepanjang tempoh aku di sini takkan pernah aku lupakan. Kepada sahabat dan kenalan, aku memohon maaf sekiranya diri ini ada berbuat salah atau terlanjur kata sepanjang tempoh perkenalan kita.  Izinkan aku mendapatkan kata maaf darimu supaya aku boleh menjadikannya sebagai pendorong untuk meneruskan saki baki hidupkan.  Sesungguhnya, aku teramat sayang akan hubungan dan kenangan antara kita. Akhir sekali, izinkan aku pergi dan membawa segala kenangan ini dengan iringan doa-doa dari kamu semua. Salam sayang dari saya untuk semua kawan dan kenalan. Assalamualaikum..