Skip to main content

Posts

Showing posts from March 28, 2013

Hargai wanita bernama isteri

Kredit to: FB @Bercinta Selepas Nikah Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang amat bermakna buat dirinya, didepan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami.. Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya . Wahai para suami… Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu, Peganglah tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu, disaat kau terperuk terlalu dalam. Wahai para suami… Jika seorang isteri menangis kerana dirimu, Janganlah kau mensia-siakan dirinya… Mungkin dengan tindakan

Idealogi Sekularisme, Manpower, Liberalisme dan Humanisme

SEKULARISME     Sekularisme adalah merujuk kepada suatu ideologi zaman moden yang cuba memisahkan segala urusan keduniaan dengan hal-hal berkaitan agama. Prinsip sekularisme ini menegakkan kepercayaan bahawa setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang dibuktikan melalui ujikaji dan bukan daripada hasil doktrin agama. Idealogi Sekular diketengahkan kepada masyarakat yang ketandusan didikan agama untuk mengisi kekosongan tersebut sekaligus bertindak sebagai garis panduan menjalani kehidupan dan berhadapan dengan masyarakat. Tiga prinsip dalam masyarakat berbentuk Sekular; Memperbaiki kedihupan dengan cara kebendaan. Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia. Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut. SEJARAH KEMUNCULAN   Kemunculan Idealogi Sekularisme adalah dis