SEKULARISME
Sekularisme adalah merujuk kepada suatu ideologi zaman moden yang cuba memisahkan segala urusan keduniaan dengan hal-hal berkaitan agama. Prinsip sekularisme ini menegakkan kepercayaan bahawa setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang dibuktikan melalui ujikaji dan bukan daripada hasil doktrin agama.
Idealogi Sekular diketengahkan kepada masyarakat yang ketandusan didikan agama untuk mengisi kekosongan tersebut sekaligus bertindak sebagai garis panduan menjalani kehidupan dan berhadapan dengan masyarakat. Tiga prinsip dalam masyarakat berbentuk Sekular;
- Memperbaiki kedihupan dengan cara kebendaan.
- Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
- Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.
SEJARAH KEMUNCULAN
Kemunculan Idealogi Sekularisme adalah disebabkan oleh beberapa faktor ketika zaman kegelapan bangsa Eropah. Penindasan yang dilakukan oleh pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan antara faktor yang dikaitkan dengan kemunculan idealogi ini.
Penentangan dan pengasingan kuasa gereja
Pemberontakan dan penentangan masyarakat eropah terhadap kekejaman pihak gereja merupakan antara penyebab wujudnya idealogi Sekularisme. Perbalahan hebat telah berlaku antara barisan pro kerajaan dan golongan saintis terhadap para paderi yang telah menyalah dunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka.
Kemunculan Teori Charles Darwin
Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi
berbangsa Inggeris. Beliau melakukan teori Evolusi Species. Beliau berpendapat
seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses
evolusi dan penyempurnaan. Beliau membuat embriologi tentang binatang dengan
mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian
fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada
ahli ilmu Biologi. Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih
memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.
PRINSIP SEKULARISME
Idealogi Sekularisme berpendapat bahawa harta dan kekayaan sahaja yang mampu menjamin kebaikan dalam kehidupan manusia. Untuk mencapainya, manusia perlu bebas dalam mencari kebahagiaan mereka tanpa terikat dengan sebarang kepercayaan agama. Idealogi ini menegaskan bahawa manusia tidak akan maju dan bebas selagi mereka terikat dengan sekatan dan peraturan dalam agama.
CIRI-CIRI SEKULARISME
- Penafian hal-hal kerohanian
- Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
- Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
- Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
- Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
- Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama.
- Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
BAGAIMANA IA TERSEBAR?
Beberapa kaedah telah digunakan oleh Barat dalam usaha menyebarkan idealogi Sekularisme ini ke seluruh dunia. Kaedah yang digunakan adalah;
a) Melalui pendidikan
- Menghantar pelajar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian.
- Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan.
- Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara-negara Islam.
- Pergaulan bebas.
b) Melalui media massa
c) Melalui undang-undang
KEKUASAAN MANUSIA
Manusia memiliki kemahuan dan cita-cita yang sangat tinggi untuk memenuhi kepuasan hidup mereka. Penggunaan akal yang bijak merupakan pendoronga kepada kejayaan dan kegagalan seseorang dalam mencapai setiap apa yang mereka inginkan. Dengan penggunaan akal yang baik juga akan melahirkan dan membentuk suatu nilai moral yang baik.
LIBERALISME
Liberalisme merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai perkara paling utama dan menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Beberapa prinsip Liberalisme adalah;
- Kebebasan berfikir dan bersuara.
- Batasan kepada suara kerajaan.
- Kedaulatan undang-undang.
- Hak individu ke atas harta persendirian.
- Pasaran bebas.
- Ketelusan sistem pemerintahan.
MODENISME
Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam kehidupan manusia ke arah yang lebih baik. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
HUMANISME
Fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Manusialah yang menentukan hukum dan peraturan kehidupan. Fahaman ini menganggap tuhan tidak memiliki peranan di muka bumi ini. Idealogi Humanisme ini telah mengakibatkan akhlak masyarakat menjadi semakin teruk melalui;
- Percampuran bebas lelaki dan perempuan
- Penggunaan istilah yang mengelirukan seperti Gay, Bintang, unisek dan sebagainya.
- Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan untuk menggalakkan percampuran bebas.
- Gerakan pembebasan wanita daripada sekatan dan peraturan agama.
- Kaunseling berkelompok dengan mencampurkan antara lelaki dan perempuan.
- Pendidikan seks.
Sumber rujukan:
Mardzelah Makhsin. (2006). Sains pemikiran etika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
slm. ambk rjukn dpd mne ye?
ReplyDeleteBuku nota sains pemikiran dan etika UUM. Kalau jumpe balik buku tu, nnti saye bagi lain rujukan tu ok.. :)
DeleteOk..dah update dah..sori lambat.. :p
DeleteMardzelah Makhsin. (2006). Sains pemikiran etika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
nak tanya boleh bagi contoh untuk manpower tu?
ReplyDelete