Skip to main content

Posts

Showing posts from June 20, 2014

15 Petua Jutawan!!

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB. Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta. Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan? 1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada. 2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusa