Skip to main content

Posts

Showing posts from April 2, 2014

Program Motivasi Percuma

Kami Sedia Membantu Anda Merancang menganjurkan program motivasi untuk pelajar/belia/siswa? Peruntukan terhad? Tiada idea untuk pengisian program? Inginkan suatu kelainan dalam program anda? Kurang peruntukan untuk penceramah/konsultan? Anda seorang guru/sukarelawan/badan NGO/siswa atau sesiapa sahaja. Kami ada jalan penyelesaian untuk membantu niat murni anda. Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Terengganu (PEMIKIR) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-020-11-03072012). Menawarkan khidmat pengendali program motivasi berpengalaman secara PERCUMA. Terdiri daripada fasilitator yang dipilih secara khusus iaitu Alumni Pemimpin Kanan  Pelajar Menengah Negeri Terengganu bermula pada tahun 2010. Pada dasarnya, pertubuhan ini bertujuan bagi mengumpulkan semua pemimpin pelajar di bawah satu pertubuhan berdaftar dan memberi pendedahan, bimbingan serta latihan bagi menjalankan program-program kemasyarakatan