Skip to main content

Posts

Showing posts from May 9, 2013

Say NO! to Racism

Respon insan kerdil selepas peristiwa 505 Assalamualaikum... Saya dilahirkan di Malaysia pada tahun 1988. Dan semenjak itu, saya dibesarkan di sebuah negara yang sangat aman dengan rakyat yang berbilang kaum. Tanggal 5 Mei  2013, pertama kalinya saya terlibat secara langsung dengan proses Pilihan Raya di Malaysia. Saya sangkakan segalanya berjalan dengan lancar dan mampu menghasilkan sebuah negara yang lebih baik. Tetapi tidak. Malah perkara yang sebaliknya berlaku. Insan kerdil ini ingin bertanya, perlukah anda sebagai seorang pemimpin masyarakat membangkitkan isu perkauman dalam usaha untuk membangunkan negara? "Apa Lagi Cina Mahu?" yang anda lafazkan merupakan kata-kata yang telah membunuh kepercayaan kami kepada anda. Tahukah anda, persoalan terbaik yang sepatutnya ditanyakan adalah "Apa Lagi Rakyat Mahu?". Kekalahan anda dan kata-kata anda telah menunjukkan kepada kami siapa anda sebenarnya. Selama ni, saya mengagungkan kejayaan yang telah di