Respon insan kerdil selepas peristiwa 505
Kalau anda nak tau, selama ni saya hidup dalam suasana yang harmoni je dengan mereka yang berlainan kaum. Tetapi kerana kata-kata anda, saya mula segan dengan mereka. Rasa bersalah, malu dan segan dengan kata-kata anda terhadap mereka.
Mana kalimah 1Malaysia yang dilaungkan selama ni? Adakah 1Malaysia tu sekadar sandiwara yang dicipta untuk rakyat Malaysia? Pihak anda menciptanya, pihak anda yang menghancurkannya.
Wahai pemimpin Malaysia, kami selaku Bangsa Malaysia sangat cintakan keamanan, perpaduan dan persefahaman antara kami. Sehebat manapun kuasa yang anda ada, kami selaku rakyat yang lemah memohon supaya jangan sekali-kali merampas keharmonian yang kami miliki selama ini.
Kami rakyat yang cintakan keamanan!
Assalamualaikum...
Saya dilahirkan di Malaysia pada tahun 1988. Dan semenjak itu, saya dibesarkan di sebuah negara yang sangat aman dengan rakyat yang berbilang kaum.
Tanggal 5 Mei 2013, pertama kalinya saya terlibat secara langsung dengan proses Pilihan Raya di Malaysia. Saya sangkakan segalanya berjalan dengan lancar dan mampu menghasilkan sebuah negara yang lebih baik. Tetapi tidak. Malah perkara yang sebaliknya berlaku.
Insan kerdil ini ingin bertanya, perlukah anda sebagai seorang pemimpin masyarakat membangkitkan isu perkauman dalam usaha untuk membangunkan negara? "Apa Lagi Cina Mahu?" yang anda lafazkan merupakan kata-kata yang telah membunuh kepercayaan kami kepada anda. Tahukah anda, persoalan terbaik yang sepatutnya ditanyakan adalah "Apa Lagi Rakyat Mahu?". Kekalahan anda dan kata-kata anda telah menunjukkan kepada kami siapa anda sebenarnya.
Selama ni, saya mengagungkan kejayaan yang telah dibawa oleh kerajaan dalam usaha memajukan negara. Rupanya selama ini saya silap. Tanggal 5 Mei 2013, ia menjadi saksi betapa kecewanya saya sebagai rakyat Malaysia memiliki seorang pemimpin yang cuba menghancurkan keamanan yang ada.
Kalau anda nak tau, selama ni saya hidup dalam suasana yang harmoni je dengan mereka yang berlainan kaum. Tetapi kerana kata-kata anda, saya mula segan dengan mereka. Rasa bersalah, malu dan segan dengan kata-kata anda terhadap mereka.
Mana kalimah 1Malaysia yang dilaungkan selama ni? Adakah 1Malaysia tu sekadar sandiwara yang dicipta untuk rakyat Malaysia? Pihak anda menciptanya, pihak anda yang menghancurkannya.
Wahai pemimpin Malaysia, kami selaku Bangsa Malaysia sangat cintakan keamanan, perpaduan dan persefahaman antara kami. Sehebat manapun kuasa yang anda ada, kami selaku rakyat yang lemah memohon supaya jangan sekali-kali merampas keharmonian yang kami miliki selama ini.
Kami rakyat yang cintakan keamanan!
~ assalamualaikum, jom beli tudung . :) . boleh tengok sini .
ReplyDeletehttp://sukasukidee.blogspot.com/2013/05/bawal-and-shawl-tibal-baru.html
yup.. say no to racism..
ReplyDelete