Skip to main content

Posts

Showing posts from April 23, 2014

Pencinta Nabi Ke Neraka?

CINTA KEPADA NABI SAW TAPI MASUK NERAKA...? 1- Abu Lahab Abu Lahab cintakan Muhammad sejak bayi. Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi. Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menyokong ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut. Sejak kecil hingga Baginda Muhammad SAW dewasa, Abu Lahab tidak ada masalah dengan Baginda. Tetapi apabila Nabi Muhammad SAW mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahab lah dengan kelancangan mulutnya telah mencelaka Baginda dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengagalkan dakwah Nabi SAW. ALLAH tidak redha dengannya. Akhirnya dia ke neraka..! Cinta jenis begini sejak dahulu lagi hinggalah sekarang. Manusia-manusia jenis ini mengaku cintakan Nabi, tetapi dalam masa yang sama, merekalah juga yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk membawa ajaran Islam ke dalam masyarakat. MEREKA SAMA SAJA SEPERTI ABU LAHAB..!!