Skip to main content

Posts

Showing posts from March 20, 2014

Babi Biri-Biri??

(repost dari whatsapp yg diterima) BABI BIRI-BIRI PERHATIAN KPD UMAT ISLAM. .!!! Bismillahirrahmanirrahim… Mungkin ramai yang dah tau akan berita ni dan mungkin ada lagi yang belum mengetahui, maka ana panjangkan lah maklumat ini ke dalam blog ana untuk perkongsian umat islam di luar sana..Sharing is Jariah, right ?? Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi. Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu di