Skip to main content

Posts

Showing posts from April 14, 2013

Segmen Saya Nak Menang Hadiah dan Di Bloglist

Assalamualaikum... Budak blog baru ni nk join segmen ++ cari kawan baru.. Sambil-sambil tu mane la tau kot-kot boleh menang.Ekekeke... ^^ Kalau nak join jugak, anda dialu-alukan sangat. KLIK SEGMEN DI SINI Dengan sukacitanya blog Nabila Biela mengadakan segmen Saya nak menang hadiah dan dibloglist . Korang tak perlu follow banyak sponsor...just follow blog Nabila Biela dan sponsor yang lain just like pages. Haa best tak??jom tengok syarat-syarat yang lain. SYARAT-SYARAT 1) Follow blog ni dan like pages 2) Like pages semua sponsor 3) Buat satu entry dan tepek banner kat atas dan link kan ke entry blog ni 4) Letak link blog ini dalam bloglist korang*kalau umum pemenang nanti senang korang nak tahu kan?* 5) TAMAT 20 /4/2013*kalau ramai yang join akan ditamatkan awal* 6) Copy paste je entry ni  

Kisah pengislaman seorang hindu

 Utusan Malaysia 21/6/07 Penulis : ZUARIDA MOHYIN MOHD. Ravi Abdullah bersama isteri, Siti Khatijah Abdullah dan anak kedua mereka, Mohd Puven SABDA Rasulullah s.a.w., Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, akan diberi faham dalam agama. Saya cuma orang yang membahagi, Allah jua yang memberi.Umat ini tidak dapat tegak atas agamanya. Orang yang menyalahi mereka tidak dapat menganggu (merosakkan) mereka sehingga tiba pekerjaan Allah. (Hadis Syaikhan) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Itulah yang dialami anak kelahiran Banting, Selangor, Mohd. Ravi Abdullah bagaimana pintu hatinya diketuk Allah s.w.t. Cuma dalam kisah penghijrahan akidah pengarah Marvitech Sdn. Bhd. ini, cara penyampaian hidayah itu diperoleh dikira cukup ‘unik’ atau berbeza daripada kebiasaan mereka yang bergelar mualaf. Katanya, hidayah Allah kepadanya kadangkala sukar diceritakan kepada orang lain kerana bimbang berbeza pandangan dan pemahaman. Malah takut ju

Awan membentuk 16 objek pada tahun 1992

Oleh Nasron Sira Rahim Kejadian misteri menyebabkan ramai umat Islam di negara ini bingung, takut LAPORAN akhbar pada 11 Oktober 1992 sememangnya menggemparkan penduduk negara ini. Malah, kejadian misteri yang dilaporkan itu menyebabkan ramai umat Islam ketika itu kebingungan dan ketakutan. Dilaporkan, pada 26 Julai sebelum itu, ketika jarum jam mula menganjak menghampiri tengah malam, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit. Kumpulan pelajar terbabit melihat objek itu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran. Objek itu jelas kelihatan dengan berlatarbelakangkan merah walaupun ketika itu langit gelap tanpa bulan dan bintang. Ia muncul secara berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan pelajar itu kebingungan dan ketakutan berhari lamanya. Ketika kebingungan pelajar sekolah yang melihat objek itu mas

DAP dan PAP? Apakah yang tersurat di sebalik yang tersirat?

Tarikh 5 Mei 2013 merupakan satu lagi hari bersejarah Malaysia kerana akan berlakunya hari Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13. Sepanjang tempoh penantian hari bersejarah ini, jentera setiap parti akan mula berkempen untuk memastikan parti mereka mampu memenangi kawasan yang dipertandingkan. Penyebaran sms, e-mail dan sebagainya mula berlaku di internet. Di sini, ingin penulis berkongsi salah satu sms yang diterima yang telah membuatkan penulis berfikir sejenak tentang apa yang terkandung dalam sms tersebut. Berikut adalah kandungan sms tersebut. Assalamualaikum Ikhwanulmuslimin. Janganlah anda menjadi seorang yang memberi saham walaupun sedikit kepada DAP. Tahukah anda siapakah DAP? Ia adalah serpihan daripada PAP iaitu parti yang memerintah Singapura. Dengan bantuan PAP, DAP merancang untuk merebut kerusi terbanyak di parlimen dengan cara bergabung dengan MCA dan parti bukan Muslim yang lain. Ini akhirnya akan membawa kepada penubuhan sebuah negara yang bukan lagi men

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains : 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong