Skip to main content

DAP dan PAP? Apakah yang tersurat di sebalik yang tersirat?


Tarikh 5 Mei 2013 merupakan satu lagi hari bersejarah Malaysia kerana akan berlakunya hari Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13. Sepanjang tempoh penantian hari bersejarah ini, jentera setiap parti akan mula berkempen untuk memastikan parti mereka mampu memenangi kawasan yang dipertandingkan. Penyebaran sms, e-mail dan sebagainya mula berlaku di internet.

Di sini, ingin penulis berkongsi salah satu sms yang diterima yang telah membuatkan penulis berfikir sejenak tentang apa yang terkandung dalam sms tersebut. Berikut adalah kandungan sms tersebut.

Assalamualaikum Ikhwanulmuslimin. Janganlah anda menjadi seorang yang memberi saham walaupun sedikit kepada DAP. Tahukah anda siapakah DAP? Ia adalah serpihan daripada PAP iaitu parti yang memerintah Singapura. Dengan bantuan PAP, DAP merancang untuk merebut kerusi terbanyak di parlimen dengan cara bergabung dengan MCA dan parti bukan Muslim yang lain. Ini akhirnya akan membawa kepada penubuhan sebuah negara yang bukan lagi menjadi sebuah negara Islam.
Seperti peristiwa yang telah berlaku pada tahun 1992, seramai 400 orang pelajar daripada 2 buah sekolah agama di Selangor telah terlihat awan yang membentuk beberapa objek aneh. Antara bentuk yang dikenal pasti adalah kedudukan peta Malaysia terbalik iaitu Singapura berada di atas Malaysia. Ia ditafsirkan sebagai akan berlakunya perubahan dalam pemerintahan iaitu Malaysia dikuasai oleh Singapura.
Beberapa lagi bentuk objek kelihatan seperti bentuk salib dan botol arak. Dalam masa yang sama, Ustaz Harun Din  telah bermimpi bahawa Malaysia diperintah oleh orang bukan muslim  dan maksiat bermaharaja lela.
Apa yang boleh kita lakukan ialah ingat maksud sebuah hadis, "Jika disebuah tempat tidak ada amar maruf nahi mungkar dan solat jemaah 5 waktu tidak dihidupkan dimasjid, Allah akan menghalalkan tempat itu diperintah oleh raja yang zalim".

16 objek dilangit menggemparkat rakyat Malaysia tahun 1992

Sms ini diterima oleh penulis pada 14 april 2013. Mohon disampaikan supaya lebih banyak pencerahan mampu kita kumpulkan tentang sms yang tersebar ni. Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it