Skip to main content

Posts

Showing posts from December 10, 2013

Insan paling berharga?

Nilai sebenar seorang isteri...   Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.          PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”         Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan  juga isterinya serta seterusnya.          PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"   Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.          PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."          PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.          Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.          Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”          Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputus

Telemarketer

Dari FB MAZIDUL AKMAL SIDEK PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun. Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur. "Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip seb