CINTA KEPADA NABI SAW TAPI MASUK NERAKA...?
1- Abu Lahab
Abu Lahab cintakan Muhammad sejak bayi. Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi.
Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menyokong ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut.
Sejak kecil hingga Baginda Muhammad SAW dewasa, Abu Lahab tidak ada masalah dengan Baginda.
Tetapi apabila Nabi Muhammad SAW mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahab lah dengan kelancangan mulutnya telah mencelaka Baginda dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengagalkan dakwah Nabi SAW.
ALLAH tidak redha dengannya. Akhirnya dia ke neraka..!
Cinta jenis begini sejak dahulu lagi hinggalah sekarang.
Manusia-manusia jenis ini mengaku cintakan Nabi, tetapi dalam masa yang sama, merekalah juga yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk membawa ajaran Islam ke dalam masyarakat.
MEREKA SAMA SAJA SEPERTI ABU LAHAB..!!
2- Abu Talib
Abu Talib cintakan Muhammad SAW. Malah dia telah membela dan lindungi Nabi sejak kecil sampailah Abu Talib sendiri meninggal dunia pada usia lebihkurang 80 tahun.
Tetapi apabila Nabi Muhammad SAW mengajak Abu Talib agar mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA,
Abu Talib memberikan banyak alasan. Abu Talib tidak menerima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama TIDAK pula dia menentang dan membangkang.
ALLAH tidak meredhainya. Akhirnya dia ke neraka juga..!
Manusia jenis ini juga ada sejak dahulu lagi.
Mereka mengaku mencintai Nabi Muhammad SAW, bahkan jika nama Nabi dihina dan imej Nabi direndahkan, mereka akan marah dan bangkit membela dan menyatakan ketidak puashati.
Tetapi malangnya, ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya. Mereka tidak ambil peduli akan ajaran Nabi. Mereka sekadar cinta Nabi sahaja.
MEREKA SAMA SAJA SEPERTI ABU TALIB..!!
singgah rabu
ReplyDelete