Kami Sedia Membantu Anda
Merancang menganjurkan program motivasi untuk pelajar/belia/siswa?
Peruntukan terhad? Tiada idea untuk pengisian program? Inginkan suatu kelainan
dalam program anda? Kurang peruntukan untuk penceramah/konsultan? Anda seorang
guru/sukarelawan/badan NGO/siswa atau sesiapa sahaja. Kami ada jalan
penyelesaian untuk membantu niat murni anda.
Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Terengganu
(PEMIKIR) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (PPM-020-11-03072012). Menawarkan khidmat pengendali
program motivasi berpengalaman secara PERCUMA. Terdiri daripada fasilitator
yang dipilih secara khusus iaitu Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Terengganu bermula
pada tahun 2010.
Pada dasarnya, pertubuhan ini bertujuan bagi mengumpulkan semua
pemimpin pelajar di bawah satu pertubuhan berdaftar dan memberi pendedahan,
bimbingan serta latihan bagi menjalankan program-program kemasyarakatan di
seluruh negara. PEMIKIR menjadikan aspek ukhuwah, budaya islah dan kepimpinan
dakwah sebagai teras latihan di samping memupuk semangat persaudaraan dan
menjadikan Islam sebagai asas perjuangan melalui kaedah program yang
berunsurkan dakwah.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
1) Mengendali kem kepimpinan pelajar, belia dan siswa.
2) Mengendali kem akademik dan motivasi.
3) Program pembangunan sahsiah dan akhlak.
4) Program ‘Outdoor’ (mendaki gunung, perkhemahan dan riadah)
5) Ceramah umum
Untuk maklumat lanjut, hubungi perunding anda sekarang.
Mohd Abu Sa’id Abdul Razak (En Aa)
013-9474223
Penceramah masih muda.. tp info dan cara penyampaian memang terbaik.. teruskan perjuangan mu ....
ReplyDeleteMasih banyak perlu saya belajar. Terima kasih kerana sudi berikan kepercayaan kepada saya. Harap boleh jumpa lagi.. :)
DeleteTerima kasih kak.. :)
ReplyDelete