Skip to main content

Idealogi Sekularisme, Manpower, Liberalisme dan Humanisme


SEKULARISME
  
Sekularisme adalah merujuk kepada suatu ideologi zaman moden yang cuba memisahkan segala urusan keduniaan dengan hal-hal berkaitan agama. Prinsip sekularisme ini menegakkan kepercayaan bahawa setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang dibuktikan melalui ujikaji dan bukan daripada hasil doktrin agama.

Idealogi Sekular diketengahkan kepada masyarakat yang ketandusan didikan agama untuk mengisi kekosongan tersebut sekaligus bertindak sebagai garis panduan menjalani kehidupan dan berhadapan dengan masyarakat. Tiga prinsip dalam masyarakat berbentuk Sekular;
  1. Memperbaiki kedihupan dengan cara kebendaan.
  2. Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
  3. Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.

SEJARAH KEMUNCULAN
 
Kemunculan Idealogi Sekularisme adalah disebabkan oleh beberapa faktor ketika zaman kegelapan bangsa Eropah. Penindasan yang dilakukan oleh pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan antara faktor yang dikaitkan dengan kemunculan idealogi ini.

Penentangan dan pengasingan kuasa gereja
Pemberontakan dan penentangan masyarakat eropah terhadap kekejaman pihak gereja merupakan antara penyebab wujudnya idealogi Sekularisme. Perbalahan hebat telah berlaku antara barisan pro kerajaan dan golongan saintis terhadap para paderi yang telah menyalah dunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka.
Kemunculan Teori Charles Darwin
Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Beliau melakukan teori Evolusi Species. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. Beliau membuat embriologi tentang binatang dengan mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada ahli ilmu Biologi. Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.


PRINSIP SEKULARISME

 Idealogi Sekularisme berpendapat bahawa harta dan kekayaan sahaja yang mampu menjamin kebaikan dalam kehidupan manusia. Untuk mencapainya, manusia perlu bebas dalam mencari kebahagiaan mereka tanpa terikat dengan sebarang kepercayaan agama. Idealogi ini menegaskan bahawa manusia tidak akan maju dan bebas selagi mereka terikat dengan sekatan dan peraturan dalam agama.

CIRI-CIRI SEKULARISME
  1. Penafian hal-hal kerohanian
  2. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
  3. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
  4. Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
  5. Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
  6. Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama.
  7. Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
  
BAGAIMANA IA TERSEBAR?

Beberapa kaedah telah digunakan oleh Barat dalam usaha menyebarkan idealogi Sekularisme ini ke seluruh dunia. Kaedah yang digunakan adalah;

      a) Melalui pendidikan
  • Menghantar pelajar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian.
  • Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan.
  • Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara-negara Islam.
  • Pergaulan bebas.
      b) Melalui media massa
      c) Melalui undang-undang


KEKUASAAN MANUSIA

Manusia memiliki kemahuan dan cita-cita yang sangat tinggi untuk memenuhi kepuasan hidup mereka. Penggunaan akal yang bijak merupakan pendoronga kepada kejayaan dan kegagalan seseorang dalam mencapai setiap apa yang mereka inginkan. Dengan penggunaan akal yang baik juga akan melahirkan dan membentuk suatu nilai moral yang baik.

LIBERALISME

Liberalisme merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai perkara paling utama dan menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Beberapa prinsip Liberalisme adalah;
  • Kebebasan berfikir dan bersuara.
  • Batasan kepada suara kerajaan. 
  • Kedaulatan undang-undang.
  • Hak individu ke atas harta persendirian.
  • Pasaran bebas.
  • Ketelusan sistem pemerintahan.

MODENISME

Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam kehidupan manusia ke arah yang lebih baik. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

HUMANISME

Fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Manusialah yang menentukan hukum dan peraturan kehidupan. Fahaman ini menganggap tuhan tidak memiliki peranan di muka bumi ini. Idealogi Humanisme ini telah mengakibatkan akhlak masyarakat menjadi semakin teruk melalui;
  • Percampuran bebas lelaki dan perempuan
  • Penggunaan istilah yang mengelirukan seperti Gay, Bintang, unisek dan sebagainya.
  • Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan untuk menggalakkan percampuran bebas.
  • Gerakan pembebasan wanita daripada sekatan dan peraturan agama.
  • Kaunseling berkelompok dengan mencampurkan antara lelaki dan perempuan.
  • Pendidikan seks.
Sumber rujukan:
Mardzelah Makhsin. (2006). Sains pemikiran  etika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Comments

  1. Replies
    1. Buku nota sains pemikiran dan etika UUM. Kalau jumpe balik buku tu, nnti saye bagi lain rujukan tu ok.. :)

      Delete
    2. Ok..dah update dah..sori lambat.. :p
      Mardzelah Makhsin. (2006). Sains pemikiran etika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

      Delete
  2. nak tanya boleh bagi contoh untuk manpower tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it