Skip to main content

Bermulanya semangat baru


Gambar ni diamik mase pertama kalinya diri ni mula join dalam program a.k.a sebagai seorang fasilitator. Memang banyak kelemahan yang aku perasan time mula2 jadi fesi ni. Ekekekeke...

Cam biasa la. Bila ada je program motivasi, memang tak leh nak elak r nan slot nangis2 kan..hahaha...and tanpa segan silunya, time slot tu, nan aku sekali nangis..hahahaha..memang lawak r..same naik nan peserta..tapi hasil dari program ni r yang buatkan aku semangat untuk belajar mendalami ilmu motivasi ni..



yang ni gambar-gambar peserta yang join program tu..lupe plak berape orang sume tu..tapi lau tak silap, dalam 150 orang la jugak..aku difahamkan oleh pihak sekolah, pelajar2 ni dipilih sebab dorang ni ade masalah disiplin n kami dijemput untuk basuh dorang. Kurang-kurang sedikit sebanyak dapat la berkongsi dan bagi sedikit kesedaran..Amin.. =)




atas ni plak gambar aku nan sebahagian tenaga kerja program ni.. Ada yang baru je kenal, tapi tu la..Ukhuah yang tejalin memang mantop..hadoi.. :p
depa ni mmg terbaik la...baru je kenal, tapi dah boleh borak2, gurau...yang paling best, rase cam adik beradik pun ade...mmg rindu dorang sangat2.. :)



Si kecik ni boleh kira penghibur aku jugak la time program ni..hehehe...ade ke patot, orang lain ngah nangis2, dia dok melopong je ngok..hahahaha...mmg budak yang tak tau ape2..tapi kesian r jugak..same2 nan fesi lain tido lewat nan bangun awal..terbaik.. =)

ok la...pengenalan dah cukup kot..sekarang masok sikit part cam ne program motivasi ni berjalan..

a) pada peringkat awal selepas sesi pengenalan, ketua kami mulakan program dengan mengambil pendekatan bermesra dengan pelajar. bagi aku, cara ni sangat berkesan sebab mampu untuk merapatkan hubungan antara peserta dengan fasilitator. Ada la beberapa cara digunakan macam nyanyi same, main same2, wat kejutan harijadi..hehehe...mmg mantop r cara penyampaian dan skill yang dorang guna..



bile sume dah mula ngam dan rapat, kami mula la serang jiwa..ketuk hati keras mereka kuat2 sampai pecah.hahaha...time ni r yang aku tak ley tahan...sedeh giler kot..nan aku pn nangis time ni..hahaha...berikut ada beberapa babak sedih n hepi ntok slot tu..


peserta nangis sdey2 nan mak dia..



ni gambar salah sorang peserta yatim piatu yang takleh tahan sedih sambil dipujuk fasilitator.


adik ni kene dukung pas nangis sebab kami wat kejutan sambutan hari jadi..hahaha...sabo ye dik.. =p


lagi gambar peserta nan keluarga dorang.




ngah peserta n keluarga dorang nangis2 kat depan, ni sebahagian fasilitator yang tak tahan sedih n pakat nagis kat belakang ramai2..hehehehe...(tibe2 sebak ingat suasana ni)

Ape2 pn, pemulaan perjuangan sebagai motivator yang berkesan ni telah membakar semangat aku untuk teruskan perjuangan dan sumbangan melalui motivasi dan menjadi sebagai seorang motivator..

# Diri ini tidak sempurna, sekadar ingin berkongsi dan memperbaiki diri..

Program seterusnya bakal menyusul.. =)

Comments

  1. hahaha abg aa!! semoga abg aa tak post pasal kem kepimpinan kiteorg haritu. amin.

    haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it