Wednesday, March 27, 2013

Keikhlasan bersolat

Sejauh mana keikhlasan kita dalam beribadat kepada ALLAH?

Suatu ketika, datang seorang sahabat kepada salah seorang sahabat nabi
dengan tujuan untuk menguji keikhlasan sahabat tersebut dalam mengerjakan
amal ibadat kepada ALLAH.
Berikut merupakan antara dialog antara mereka.

Malaikat: Assalamualaikum...
Sahabat: Waalaikumussalam...
Malaikat: Bolehkah saya bertanya satu soalan kepadamu?
Sahabat: Silakan
Malaikat: Jika kamu diberi dua pilihan, antara peluang untuk bersolat dua rakaat atau Syurga, manakah pilihanmu?
Sahabat: Sudah tentu aku akan memilih solat dua rakaan.
Malaikat: Bukankah kamu beramal untuk mengejar syurga ALLAH?
Sahabat: Tidak..Amal ibadatku adalah dariku untuk disembahkan kepada ALLAH. Tetapi Syurga adalah untuk memenuhi keperluan nafsuku semata-mata..

Renungkanlah...

No comments:

Post a Comment