Skip to main content

Khas untuk perempuan

Tibe-tibe rase nak tulis some thing je lepas terbace
satu post dari blog kawan saya sorang ni iaitu Cik Aida.
Post tu memang bertujuan untuk nasihatkan sume geng2 laki
lam bumi ni n saya setuju nan nasihat tu.

Post balas saya ni plak untuk tuju kat semua gurls yang membaca
sekalian. Kalau korang nak tau, kat luar sane ada sekelompok lelaki
yang mungkin sangat fobia dengan perkataan COUPLE!!!.

Fobia tu wujud mungkin dari pengalaman atau mereka memang
cuba mengelak dari melakukan dosa (dalam konteks Islam). Apabila golongan
ini mula sukakan anda, mereka biasanya akan cuba pendamkan atau
cuba sampaikan niat mereka kepada anda secara terus. Ada dikalangan mereka
tidak ingin mengambil masa yang lama dan terus ingin menghubungi
keluarga anda.

Dalam situasi seumpama ini anda perlu membuat pilihan.
Jika anda suka, katakan suka.
Jika tidak, katakan tidak.
Jika tidak bersedia, katakan tidak bersedia.

Jawapan ikhlas dan jujur anda mampu membuatkan hati mereka berasa
tenang dan mereka akan menghormati keputusan yang anda buat.
Tetapi, jika anda berdiam diri dan menganggap mereka akan memahami
maksud hati anda, sebenarnya tidak.

Golongan lelaki seumpama ini biasanya sukar untuk menduga apa
sebenarnya jawapan yang anda ingin sampaikan.
Perbuatan anda berdiam diri itu akhirnya akan menyebabkan mereka
mula membenci anda dan akhirnya mereka akan berputus asa.

Cuba bayangkan, niat iklas mereka terhadap anda disambut dengan
1001 persoalan. Ditambah pula dengan perasaan ego lelaki, sudah
tentu mereka tidak akan memberikan anda banyak masa untuk mereka
terus menunggu jawapan yang mereka inginkan.

Jangan terlampau mengharapkan kepada seorang yang lebih sempurna
andai diri anda tidak mempu menyempurnakan diri orang lain.
&
Jangan terlampau mengharapkan kepada seorang yang lebih sempurna andai anda sendiri tidak mampu menyempurnakan diri anda sendiri terlebih dahulu ^_~
(
Cik Princess Eicha)

Comments

  1. sangat bermakna...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar or tak, mmg ada perempuan macam ni. Untuk pengajaran kawan2 semua jugak.. =)

      Delete
    2. mmg xdinafikan wujud perempuan mcm ni zaman skrg.. suka couple tp xsggup jumpa mak ayah... tp, sesetengah perempuan takot nak bwk org lelaki balik rumah jumpa mak ayah kerana diorang takot klu2 xjadi... yg nak kena t org perempuan jgk... biasa la mulut manusia kan...

      Delete
    3. Urrmm....tu la kan.nk senang, nikah je cepat2. Nikah gantung pn dah makin ramai yang buat sekarang..pahala dapat, maksiat boleh elak.ALLAH pun suka..mak ayah pn senang hati.. :)

      Delete
    4. yup betol tu.. Islam tu mudah tp manusia yg menyusahkannya... semua nak grand ja..

      Delete
  2. Saya rasa, semua perempuan nak lelaki yang ade komitmen dalam bercinta. Hehe~ Macam kes awak ni saya tatau la kenape. Mungkin betul perempuan tu tak ready. Tapi tak ready yang macam mana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la aida...rasenye sye ni bukan ntok dia kot. Orang nak jmpe nan parent dia, dia lak yang takot lbey2. Tak paham r gurl zaman skg. pelik..Couple tak takut plak.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it