Skip to main content

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi)
(Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI)
KETERANGAN PEMBELAAN
A. OKT1

1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa itu masih bernafas. OKT2 menekan leher si mati dengan tangan. Si mati tidak memberontak lagi. OKT2 mengheret si mati turun sebelah katil. OKT2 koyakkan cadar, ia ambil cadar, sarung bantal dan OKT2 gulung-gulung dan masukkan ke dalam beg baju OKT1. OKT2 ambil kad bank dan duit si mati. Selipar si mati dimasukkan oleh OKT2 ke dalam beg sampah. Mereka keluar dari bilik itu dengan meninggalkan mayat si mati di sana. OKT1 mengambil balik duit dari kaunter hotel itu setelah disuruh oleh OKT2.

2. OKT1 dan OKT2 naik semula kereta yang dipandu Banok. OKT1 mengatakan OKT2 ada beritahu Banok “aku dah bunuh ia” apabila ditanya oleh Banok berkenaan si mati. Apabila sampai di Hotel De Central, OKT2 telah mengeluarkan cadar dan sarung tilam dari beg pakaian OKT1. OKT1 kata OKT2 beritahunya yang ia nak pergi buang selimut dan cadar tadi. OKT2 menyuruh OKT1 check in di Hotel De Central.

3. OKT1 mengatakan semasa kejadian dalam bilik hotel di Wisma Indah, ia panik. OKT1 kata ia tak melarikan diri dan tidak membuat panggilan telefon dan tidak membuat laporan polis.

4. OKT1 menyatakan dalam perhubungan di antara beliau dengan OKT2, OKT2 nak ia sentiasa ikut cakapnya, kalau tak ikutnya akan dipukul, ditampar oleh OKT2. OKT2 pernah memberi amaran kepadanya bahawa kalau ia cuba tinggalkan OKT2, OKT2 akan cari keluarganya, ia tak baginya hidup senang. OKT1 kata ia tak lari semasa kejadian itu kerana ugutan OKT2. OKT1 kata semasa kejadian ini, ia tidak tolong si mati kerana tidak tahu nak buat apa. OKT1 kata OKT2 suruh ia lari dari satu tempat ke satu tempat. Tanpa pengetahuannya, OKT2 ugut bapanya RM 20,000 jika mahunya balik. OKT1 kata walaupun ia diugut, ia masih lagi berkawan dengan OKT2.

5. Sebelum kejadian ini, OKT1 mengakui ia selalu bersama OKT2, sekali sehari bersamanya, OKT1 menyatakan berkenaan ugutan meminta RM 20,000 itu, ia tidak membuat laporan polis. Di dalam pemeriksaan balas, ia menyatakan bapanya buat laporan polis tetapi di dalam pemeriksaan semula, ia menyatakan emaknya buat laporan polis.

6. OKT1 memanggil emaknya Yatini binti Ehsan (SD2), yang menyatakan OKT1 pernah memberitahunya bahawa ia pernah dipukul oleh kawannya tetapi SD2 tidak pernah membuat laporan polis dan tidak pernah melihat kesan luka pada OKT1.

7. Bapa OKT1, Ahmad Dasuki (SD3) memberi keterangan bahawa ia pernah menerima ugutan dari OKT2 di mana OKT2 meminta duit, jika tak bagi duit, ia akan bunuh OKT1. Ugutan ini melalui telefon. Ia masukkan duit ke akaun OKT1. Ia tak pernah buat laporan polis berkenaan dengan wang RM 20,000. Ia kata OKT1 pernah mengadu kepadanya bahawa ia dipukul oleh OKT2 tetapi ia tak buat laporan polis mengenai perkara ini.

B. OKT2

1. Keterangan pembelaan OKT2 (SD4) pula ialah pada petang itu, ia diajak oleh OKT1 pergi makan . OKT2 mengajak Banok ikut bersamanya kerana masa itu ia ada bergaduh dengan OKT1 dan ia tak nak jumpa OKT1 lagi.

2. Di Hotel Wisma Indah, OKT1 naik ke hotel itu bersama si mati. Selepas 25 minit, Banok suruh ia bertanya OKT1 mengapa lambat sangat, OKT1 kata sekejap sahaja. Selepas itu OKT1 telefonnya “tolong, ada hal sekejap”. OKT2 mengajak Banok naik bersamanya, tetapi Banok tak nak. 

3. Di dalam bilik itu, OKT1 tutup pintu dan minta ia tolong kemaskan barang-barang di dalam bilik. Ia nampak si mati di atas katil di dalam keadaan mengiring. Tangannya terikat di belakang. Mulutnya diikat dengan kain tudung. Selepas itu OKT1 berkata kepadanya tolong tengok sekejap sebab ia nak extend bilik 1 hari lagi. OKT1 kata ia nak ambil duit dan barang-barang si mati. OKT2 kata ia dalam keadaan panik dan tergamam. Sepeninggalan OKT1, OKT2 naik ghairah dan memegang tangan si mati. Ia tidak cuba buka ikatan tangan si mati. Masa itu ada cable tight pada tangan si mati. Ada juga satu cable tight yang dilekatkan di leher si mati. Ia longgar. Pada mulanya OKT2 kata ia cuba rogol si mati tetapi kemudiannya semasa pemeriksaan balas, ia kata ia rogol si mati.
4. Kemudian OKT1 masuk ke dalam bilik, ia terkejut dan terus bangun. OKT1 buka ikatan tudung pada mulut si mati. OKT1 tumbuk bahagian bibir si mati meminta no pin kad banknya. Semasa OKT1 menarik tali di leher si mati, OKT2 tolak OKT1 tetapi OKT1 cakap jangan buat macam ni, keadaaan kalau tidak papa susah. OKT1 menulis no pin yang diberi oleh si mati pada sekeping kertas. OKT1 ambil handphone, duit dan wallet.

5. OKT 1 tolak si mati ke sebelah kiri katil. OKT1 ambil cadar bersama selimut. OKT1 menyuruh ia masukkan kasut ke dalam plastik sampah. OKT1 telah bersihkan bilik itu dengan cara lap dengan air. Cadar dan selimut, OKT1 suruh OKT2 masukkan ke dalam beg OKT1. 

6. OKT1 dan OKT2 meninggalkan bilik itu di mana si mati masih lagi bernafas. OKT1 ambil balik duit yang ia extend bilik itu. OKT1 bawa begnya. OKT2 bawa beg plastik. Mereka bersama Banok ke Hotel Lido tetapi disebabkan ramai orang, mereka ke Hotel De Central. Semasa berada di luar hotel itu, OKT1 telah beri handphone dan juga kad ATM kepadanya. OKT1 suruh ia jual handphone itu. OKT1 suruh ia keluarkan duit dengan kad ATM itu.

7. OKT2 menaiki semula kereta bersama Banok. Di Petronas, Jalan Gasing, Banok nak mengisi minyak, ia telah ambil kad ATM itu dan kertas yang ada no pin itu. Selepas itu OKT2 telah ambil cadar dan buang di tepi lombong. Beg plastik dibuangnya sekali.

8. Selepas ia menjual handphone itu, OKT2 telah berjumpa dengan OKT1, OKT2 telah beri duit kepadanya. OKT2 kata kepada OKT1 kad ATM, Banok yang simpan. Tak boleh keluar duit sebab bank tutup.

9. OKT2 mengatakan selepas kejadian, ia berjumpa dengan OKT1 2 kali tetapi ia tak tanya OKT1 berkenaan dengan si mati kerana masa itu ia bergaduh dengannya. OKT2 mengatakan ia jumpa OKT1 sebab ia ugutnya bahawa kalau ia tak jumpa OKT1, OKT1 akan beritahu isterinya yang ia pernah tidur dengan OKT1. OKT2 mengatakan OKT1 tidak takut kepadanya. Hubungan macam Pak We dan Mak We. Ia tidak pernah pukul OKT1. OKT2 kata mengenai duit RM 20,000, itu perancangan OKT1 yang kehabisan duit. OKT2 mengatakan ia tidak buat laporan polis kerana ia dalam ketakutan. Ia buntu OKT1 ugutnya. Oleh itu ia turut kesemua kehendak OKT1. Ugutan OKT1 kepadanya ialah, OKT1 akan beritahu isterinya bahawa ia pernah tidur dengan OKT1. OKT1 akan hancurkan keluarganya sekiranya ia tak nak keluar dengan OKT1, ia tak temankan OKT1. Ugutan ini dibuat selepas ia meniduri OKT1.

ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH
1. OKT1 dan OKT2 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
2. Pendakwaan berjaya membuktikan kes ke atas OKT1 dan OKT2 tanpa keraguan yang munasabah.
(YAACUB BIN HAJI CHIK)
Timbalan Pendakwa Raya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sumber : www.agc.gov.my
 

Comments

  1. Babi punya budak. Anak dari syaitan. Kejam sangat kamu memperlakukan dia. Sekarang rasakan bagaimana azabnya kena jerut sampai mati. Dalam kubur pun kena lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anonymous, kalau dia dah kena balasan kat dunia, iaitu hukuman gantung...dia dah bebas dari dosanye...di akhirat dh takde dh kena hukum lg..ini yg terlepas kat dunia, lg susah sbb akhirat lg teruk kena..so renungkan la amalan kite smua.

      Delete
    2. @Moi Bila mereka bertaubat mungkin mereka bebas daripada dosa. Tapi tu dosa mereka dengan Allah. Dosa mereka dengan arwah Juliana tetap ada. Dosa sesama manusia antara mereka dengan Juliana, adalah hak Juliana sendiri untuk dituntutnya di akhirat kelak.

      “Barangsiapa yang mempunyai kezaliman kepada saudaranya mengenai hartanya atau kehormatannya, maka diminta dihalalkanlah kepadanya dari dosanya itu sebelum datang hari di mana nanti tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat), di mana akan diambil dari pahala amal kebaikannya untuk membayarnya. Kalau sudah tak ada lagi amal kebaikannya, maka akan diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, lalu dipikulkan kepada orang yang menganiaya itu” (HR. Bukhari).

      Delete
  2. Sebenarnya yg terlepas dr hukuman di akhirat ialah kalau dia bertaubat dan dikenakan hukuman mati mengikut undang2 islam iaitu di pancung kepala atau keluarga si mati memaafkan pembunuh dan pembunuh membayar diyat. Kalau hukuman gantung bukan ikut undang2 islam. WaAllah a'lam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal