Skip to main content

PRU-13 dan erti Persahabatan

Entry kali ni just nak share perasaan sedih, terkilan, sentap and marah buat kawan2 yang ada kaitan nan situasi mcm ni.

Tempoh PRU-13 yang bakal tiba tak lama lagi menyebabkan ramai antara kita mula post macam2 benda tentang politik di laman sesawang. Korang sedar tak, sebahagian apa yang korang post tu boleh menyebbkan sebahagian pembaca dari kalangan kawan korang boleh terase? sedar tak??

Saya tau ramai yang semangat semacam je time PRU ni. Itu hak korang nak buat apa. Tapi dalam semangat tu, cuba korang amik masa 2-3 saat untuk pk sebelum korang wat apa2 tindakan. Nak caci, nak kutuk, nak menyumpah or ape2 pn, pk la jugak perasaan orang lain. Semua orang ada pendirian.

Cuba pk kejap. Korang kenal dah lame. Sebelum ni boleh gurau same2. Tapi bile masok je musim PRU ni, tbe2 korang gadoh. RPU tu sekejap je kawan. Lepas PRU ni korang nak kawan lagi kan. So, fikir la betul2 sebelum bertindak. Jangan la sebab 2-3 perkataan yang korang cakap, akan buat persahabatan korang habis cm tu je. Kan tak elok macam tu.

So, untuk amik jalan tengah, korang pk la betol2 sebelom post something tu. Mmg pilihan korang nak sokong mane-mane parti, tapi agak2 la nak post something tu. Time mengundi tu, korang tunjuk r kat kertas undi tu. Tak yah la sibok nak kutuk sane kutuk sini..

Hormat la pendapat dan perasaan orang lain jugak. Ok..

Salam PRU-13.. ^^

Comments

  1. musim PRU ni memang macam2 drama boleh tengok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..tu la pasal..Harap dah takde kes terok2 lepas ni..PRU dalam keadaan aman tu kan lebih baik.. :)

      Delete
  2. Entah. Sampai naik menyampah tengok home kat fb tu. Masing2 nak memburuk2kan. Share info politik yang entah hape2. Kalau betul takpe. Kalau tak betul bukan ke dah jadi fitnah? Jangan nak taksub sangat la. Sakit pulak hati kite. Heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sabo2.. :)
      Tapi tu la kan..past share tu, mula r ade kes gadoh2 lam fb. ko kata ye, aku kate tak. Org yang tngok pn ley sakit ati..nyampah ngok..

      Delete
  3. huhuhuhu..tau xpe....ni buruk sana,sana buruk sana,,erm mcam2 hal...bila gaknye nak abis sume ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gadoh nan kawan tu boleh lagi r..Jangan nan family pn ley masam muka sudah la..klau dah taksub sangat tu, pi je kat tempat berkempen. Tak yah sibok nak cari pasal kat fb. tak pasal2 gadoh nan sume orang..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it