Tuesday, April 9, 2013

Sayangi warga tua

Bila sebut je warga mas @ warga tua, kita sering menganggap bahawa dengan sekadar menjaga mereka sudah cukup untuk mengembirakan hati mereka. Tapi tahukah anda, apabila tiba suatu tahap, jiwa dan naluri golongan berumur ini kadang kala menginginkan perhatian yang lebih. Dan mungkin melebihi golongan kanak-kanak.

Rasanya tidak salah kalau sekali sekala kita cuba membawa mereka keluar ketempat-tempat menarik seperti taman rekriasi, menonton wayang, bercuti, membeli-belah atau kemana sahaja tempat yang sesuai. Mereka juga seperti kita. Akan merasa bosan jika hanya terkurung je dalam rumah menanti hari-hari akhir mereka.

Cubalah luangkan masa anda dengan mereka. Kalau dulu mereka mampu menjaga dan melayan kerenah kita 24 jam, apa salahnya kita cuba bersahabat dengan mereka. Pasti banyak cerita menarik akan mereka kongsikan. Sayangilah warga tua selagi mereka bernyawa. =)

2 comments:

  1. salam singgah sini :)
    setuju tu..sebelum mereka meninggalkan kita

    ReplyDelete