Skip to main content

Penulis dan pembaca sajak "Orang Ulu" meninggal


Saya memohon jasa baik pembaca untuk sama-sama menyedekahkan al-fatihah dan 3x bacaan surah al-ikhlas (qulhuallahhuahad) kepada arwah ayah saya "Abdul Razak bin Awang" dan arwah ayah kawan baik saya "Ibrahim Mohd Taib". Semoga roh mereka dicucuri dan dirahmati Allah.

Arwah Ibrahim Mohd Taib merupakan penulis dan pembaca sajak "Orang Ulu" yang terkenal di Terengganu suatu ketika dahulu.

#Sumber lampiran: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/kemalangan-maut-kancil-bertembung-gen-2.html


Kemalangan Maut Kancil Bertembung Gen 2

Kemalangan Maut | KUALA BERANG: "Saya tidak berani membuka pintu Kancil itu selepas melihat mangsa di dalamnya parah," kata Abdullah Osman, 51, saksi kejadian kemalangan maut di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, Kampung Batu 23, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Mangsa, Ibrahim Mohd Taib, 54, yang juga seorang penggiat seni teater di negeri ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya bertembung dan Proton Gen 2 yang terbabas dan memasuki laluannya.

Abdullah berkata, ketika kejadian, dia sedang menghala ke pekan Kuala Berang dan melihat Proton Gen 2 terbabit yang berada di hadapannya cuba memotong sebuah kereta melalui laluan tepi sebelah kiri jalan.

"Namun, kereta berkenaan tidak berjaya memotong kerana terdapat sebuah motosikal di sebelah kiri jalan sebelum pemandunya mengelak ke kanan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang dalam perjalanan dari arah pekan Kuala Berang ke Ajil.


KEMALANGAN maut ini mengorbankan penggiat seni, Ibrahim, selepas keretanya dirempuh kenderaan lain yang memasuki laluannya, di KM38, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang. FOTO Nazdy Harun

"Akibat rempuhan kuat itu, Perodua Kancil terbabit melambung dan tersangkut di atas besi penghadang jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Gen 2 terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar Perodua Kancil yang dipandu mangsa," katanya. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 selain lesen memandu pesalah boleh digantung jika sabit kesalahan.

Katanya, pemandu Proton Gen 2 terbabit sedang dirawat di Hospital Hulu Terengganu akibat kecederaan di kepala dan badan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it