Skip to main content

Ramadhan ini yang terbaik untuk kita?

Assalamualaikum buat sahabat dan kenalan..

Bukan niat nak tunjuk baik or mengajar, sekadar satu perkongsian dari saya sempena Ramadhan yang bakal menjelang tak berapa lama dari sekarang.

Mungkin sebelum ni, Ramadhan yang telah kita lalui hanya sekadar bulan untuk kita menahan lapar dan dahaga. Buat2 rajin pergi surau untuk terawih, sibok2 cakap pasal persiapan raya, majlis bukak pose dan sebagainya. Jika itu yang kita buat sebelum ni, cuba kita ambil kesempatan tahun ini untuk muhasabah diri kita.

1)  Siapa kita sebelum ni dan siapa kita selepas Ramadhan ni?
2)  Apa kesilapan kita sebelum ni dan adakah ia bakal berulang selepas ni?
3)  Apa amalan terbaik dari kita sebelum ni dan adakah ia lebih baik selepas ni?

Dan bermacam2 persoalan lagi yang mungkin boleh ditanya.  Seperti gambar kat atas tu, Allah menghadiahkan kita satu bulan khas untuk kita menggantikan amalan-amalan yang mungkin kita terlupa untuk lakukannya pada bulan-bulan sebelumnya.  Pahala pun digandakan, syaitan-syaitan diikat dan yang tinggal hanya kita, nafsu dan akal sahaja. So untuk saya dan kawan-kawan, jom jadikan ramadhan tahun ni untuk kita memulakan azam baru, bina kekuatan baru dan menjadi seorang yang baru yang lebih baik dari sebelum ni.

Kesempatan ni jugak, saya nak ajak kawan dan kenalan semua untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan negara kita dan sahabat muslim yang lain terutamanya mereka di Syria dan Mesir. Mungkin ramadhan kali ni tidak seperti ramadhan mereka sebelum ni.  Penuh dengan air mata, kesusahan, titisan darah, ketakutan dan sebagainya.  Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka supaya mereka sama-sama dapat beribadat dengan sempurna di bulan yang mulia ini.


Akhir kata, saya memohon maaf andai ada kekurangan dan kesilapan yang telah saya lakukan dan telah mengguris hati kawan-kawan semua. Saya mendoakan semua kenalan mampu menjadi seorang yang lebih baik dan sempurna di sisi Allah. Dan saya juga memohon supaya kawan-kawan semua sudi untuk mendoakan saya sama..

Salam sayang dari seorang sahabat. Assalamualaikum..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it