Sunday, October 6, 2013

IBU DIROGOL DEMI MENYELAMATKAN ANAKNYA



KUALA LUMPUR – Seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila dirogol di depan anaknya demi menyelamatkan maruah anak perempuannya yang berusia 12 tahun, oleh seorang daripada 2 penjenayah  yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu, Subang.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda tersebut yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit bagi menentukan siapa yang akan menjadi mangsa sama ada dia atau anaknya.



Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu yang tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya menjadi mangsa seorang daripada 2 penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

“Sebelum itu, 2 suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika mereka berdua sedang tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat kedua beranak itu serta mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak ingin dicederakan,”.

Sumber itu berkata, suspek telah bertindak menggeledah rumah tersebut sebelum mengambil wang tunai serta barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak berpuas hati dengan hasil rompakan mereka lalu memberitahu ingin merogol seorang daripada 2 beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah tersebut, terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan dengan seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,”.

Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -sumber

2 comments:

  1. sedihnyer .. :( moga2 si celaka 2 ekor tu tak selamat dunia & akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Dah jahat sangat2 dah. Mati je bagos nan orang mcm tu. huhuhu.

      Delete