Skip to main content

Salam jumaat

Utk renungan, utk amalan, moga berjaya di dunia dan di akhirat...

 KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT 

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."

Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?

 Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya.
pesanan buat diri sendiri yg lemah...

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it