Friday, October 11, 2013

Stress Melampau Berpraktikal

Assalamualaikum...

Post kali ni, aku just nak share ape aku rasa lepas ape yang company tu buat kat aku as budak praktikal.

Ok bos. Fine..aku ngaku mmg aku ni sekadar budak praktikal yang tak layak nak komen or bersuara tanda protes untok ape2 je yang bos dah buat. Aku takde niat nak mengajar sangat. Tp as sorang trainer, sepatotnya hang kena sedar.

Cube bos pk balik kenapa tibe2 semua staff berenti kerja serentak? Sepatutnya hang sedar yang mesti ada something yang tak kena. Tapi tak. Hang still nak salahkan staff hang kononnye yang hang langsung tak salah. Yess..tu company hang n hang layak wat ape2 je yang hang nak kat budak2 hang. Tapi satu benda hang lupa. Hang lupa apa yang hang sendiri selalu nasihat kat orang lain.

Hang selalu nasihat kat orang untuk layan orang lain mcm VIP. Tapi hang ada tak tnye diri hang yang hang ada ke buat macam tu? Kalau hang tak nak layan pekerja sampai mcm tu, ok.Fine.. Tapi sekurang-kurangnya hang patut layan pekerja hang mcm seorang manusia layan manusia lain. Bukan macam layan seekor binatang.

Hang desak pekerja hang kerja dari 9 pagi sampai 11 malam, tanpa bayaran over time. Itu orang panggil apa bos??Ok.bukan selalu. Tapi sehari untuk tiap2 bulan mesti ade mcm tu. Hang tak ugut apa2. Tapi hang desak depa siapkan walau mcm mane sekalipun. Yang tak ley tahan, hang bagi arahan mcm tu dalam keadaan hang gelak2. Hang gembira atas kesusahan orang lain hang tau tak???

Hang nak salahkan pekerja sebab tak boleh siapkan kerja depa on time. Tapi hang sedar tak yang hang selalu kacau depa siapkan kerja nan cara bagi kerja2 tak berkaitan nan tugas asal depa or nan suruh pi out station. Bila depa bagi alasan ni, hang marah. Tapi ni la hakikatnya yang hang kena terima yang Hang sendiri punca depa tak boleh siapkan kerja. Hang salahkan orang lain dengan kesalahan hang sendiri!!!

Hang selalu cakap yang hang bagi peluang untuk pekerja bersuara. Tapi lam masa sama, hang tak pernah terima pendapat depa n lam masa sama jugak, hang hentam depa. Tu kejam bos.. Ni bukan sekadar autokratik, tapi dah mcm kuku besi dah.

Setiap minggu, mesti hang or bini hang ugut nak gagalkan praktikal aku. Bos. Kalau hang nak tau, awal2 praktikal kat sini aku mmg enjoy sangat2 n tak kisah sangat nan kerja2 yang hang bagi. Tapi bila dah selalu sangat kena ugut mcm ni, aku jadi takot. Skg ni lam kepala aku, aku just harap boleh cepat2 habiskan praktikal aku kat sini nan result yang terbaik or repeat praktikal kat tempat lain.

Sori bos. Aku dah tak mampu nak tipu diri aku n jujur nak cakap, aku sangat menyesal mohon praktikal n kenal nan hang. Aku harap, hang sedar nan apa yang hang dah buat selama ni n aku harap tuhan bg balasan setimpal nan ape yang ko dah buat kat semua staf2 hang sebelum ni.

Terima kasih bos sebab dah tunjukkan aku contoh seorang bos yang gagal menguruskan pekerja dan syarikat dengan baik.

Terima Kasih Bos!!!

2 comments: