Skip to main content

Khabar Dari Parlimen

(Gambar sekadar hiasan)

(repost article)

Tengah hari tadi sempat menyaksikan ucapan perbahasan Bajet 2014 oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Raja Kamarul Bahrin. Sungguh menarik ucapan beliau yang sarat dengan fakta dan hujah, walaupun diberikan masa hanya 15 minit... Antara isu yang dibangkitkan ialah;

1)  Tiada pengajaran yang diambil tiap kali Laporan Audit Negara dibentangkan. Contohnya ada 2 projek di Terengganu yang dibuat secara tender terus.
a)projek pembinaan pusat bebas cukai di hutan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu. Projek ini belum dapat kelulusan sepenuhnya tetapi RM 300 Juta sudah dibelanjakan.
b) projek penambakan muka kuala Sungai Terengganu. Projek ini bernilai RM150 Juta tetapi kajian kesan alam sekitar dan hidrologi yang patut dibuat tidak dilaksanakan.

2) Timbalan Menteri Kerjaraya berkata kontraktor bermasalah akan disenaraihitamkan. Namun di Terengganu, kes bumbung masjid runtuh pada 2009 dan yang terbaru 2013 dibina oleh kontraktor yang sama. Projek lain juga kini masih diberikan kepada kontraktor tersebut.
Jika isu kalimah Allah ramai yang prihatin,bagaimana pula dengan rumah Allah..? Nyawa jamaah yang sedang beribadah terancam dek kerana projek bermasalah

3) Sudah 3 kali soalan beliau dalam sidang parlimen berkenaan siapa yang bertanggungjawab dan bersalah dalam isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan namun sehingga sekarang belum ada jawapan.

4)Isu Cukai GST- semua akan terkena dan yang paling malangnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan merasai impak paling teruk. Kata beliau "Now everyone can cry".
Kerajaan menyembunyikan fakta berkenaan GST di Singapura. Di awal pelaksanaannya ia bermula dengan sekadar 3% selama 9 tahun sebelum naik kpd 4% dan selama 4 tahun lg untuk naik kepada 7%, ..
Malaysia terus laksana dengan 6% sedangkan Malaysia agak ketinggalan berbanding Singapura yang berstatus negara maju danb mempunyai kadar kemiskinan yang rendah.

5) Isu Bumiputera
Jurang kemiskinan kian melebar antara kaya dan miskin. JIka dahulunya pada 1970-RM1000 kini pada 2012-RM9000..
40 individu terkaya di Malaysia mengawal  25% daripada kekayaan Negara
80% orang Bumiputera berpendapatan rendah dan sederhana.
Kes di Kuala Terengganu,Pasaraya Sabasun yang dimiliki oleh orang Melayu Bumiputera Islam terpaksa bersaing dgn Pasaraya Besar Giant & Mydin selama 12 tahun..Malangnya kini, kerajaan tidak memperbaharui lesen perniagaannya bermula Januari 2013.. Cadangannya untuyk membina pasaraya kedua di Gong Badak pula ditolak sedangkan Pasaraya Giant pula  pula dibina.. Adakah ini dikatakan Hidup Melayu..??

6) 3 negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, dan Terengganu tetapi termasuk sebagai negeri termiskin.. Ini masalahnya apabila tidak amanah.
Lihat contoh negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang berjaya mentadbir denga cemerlang walaupun serba kekurangan.

7) Beliau mengakhiri ucapan dengan ungkapan;
"Tempayan yang bocor sebelum ditambah air, hendaklah ditampal dahulu."
"Di mana ada hutan dan semak di situ ada duri, di mana ada wang dan minyak di situ ada pencuri."

**Pengalaman berurusan dengan YB Datuk Raja Kamarul ini, beliau seorang yang begitu merendah diri sedangkan beliau orang hebat. Beliaulah arkitek ternama yang merekabentuk Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu, dan Istana Melawati Putrajaya. Seorang yang mesra,mudah didekati dan ringan mulut untuk melafazkan ucapan 'terima kasih'. Mungkin generasi muda tidak ramai yang tahu kisah keberanian beliau pada tahun 1992 'melarikan' 2 anaknya dari Australia hanya dengan menaiki bot demi menyelamatkan akidah anaknya.. — at Parlimen Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it