Skip to main content

sekadar renungan

Sekadar coretan...

Saja saja saya bertanya kepada isteri saya yang dari pukul 5.30 pagi bersiap siap untuk ke pusat mengambil kertas periksa SPM di SM Victoria Institution di KL

Berapakah elaun menjadi guru pengawas SPM selama sebulan dari bulan 11 hg bulan 12. Memandangkan saya lihat beliau bertolak jam 6 pagi dan balik lewat petang kadang kadang sehingga jam 6 pm.

Saya kurang percaya apabila beliau memberitahu elaun ketua pengawas SPM adalah 300.00 utk keseluruhan SPM.

Bermakna rm 10.00 sehari? Saya meminta kepastian kerana saya kurang percaya. Ya, jawab beliau.

Ada tambahan rm 1.00 untuk setiap sesi SPM kata beliau. Maknanya kalau ada dua sesi SPM hari tu, dapat RM 2.00.

Kemudian dapat lagi tambahan rm 0.25 utk seorang student. Biasanya ada 100 student utk satu sekolah. Alhamdulillah dapat rm 25.00. Tapi ada banyak juga sesi SPM yang calonnya hanya satu orang sahaja pada satu sesi. Jadi dapat rm 0.25 saja? Tanya saya lagi. Beliau mengiyakan.

Dengan kadar minyak petrol dan gula yang naik harga sudah beberapa kali ini, berapalah nilai 0.25 sen agaknya sekarang. Gula gula pun dah 50 sen sepaket.

Jika campur elaun perbatuan dapat lah rm 1100 utk sebulan. Tolak duit minyak kereta rm 500.00. Dapat rm 600. Rm 2 sehari sahaja elaun utk kerja menggalas tanggungjawab negara.

Dengan kerja yang tanggungjawab nya begitu besar, bangun seawal 5.30 am mengharungi kesesakan lalulintas, di jalan utama KL, tak dapat cuti dan balik kampung seperti guru lain, hanya dengan bayaran seciput seperti pekerja Bangladesh di KFC, saya cadangkan beliau jangan lagi jadi guru ketua pengawas tahun hadapan.

Beliau kata tugas guru merentasi nilai duit. Jangan letak imbuhan wang sebagai upah usaha guru untuk memandaikan anak bangsa. Kita kena ikhlas mendidik anak bangsa. Sambil beliau bergegas gegas keluar bilik sebab jam dah pukul 6.00 pagi.

Haaii.. Patutlah guru guru boleh bersabar dengan sistem PBS yang selalu hanging walaupun bersengkang mata jam 3,4 pagi. Patutlah Tan Sri Muhyiddin boleh kata guru guru kena bersabar bangun pagi key in sistem PBS yang sangat famous dengan key word "loading" sampai sejam tak loading loading.

Terima kasih kepada guru guru dan pendidik kerana memandaikan anak bangsa. Anda semua adalah insan dahsyat.

Begitu juga kepada pasangan mereka yang seperti saya kerana kena jaga anak sebelum hantar ke rumah mak sebab isteri dah keluar pagi pagi jam 6 am.

Itu sebab saya benci kalau ada pemimpin yang boros dan tidak berhikmah berbelanja wang rakyat berjuta seperti wang ibu ayah mereka sendiri lalu diangkat seperti wira.

#share drp suami beristerikan cikgu...

Wallahualam..betul ker?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it