Skip to main content

Hidayah Milik Allah

Worth to read....

Antara waktu solat Maghrib dan Isyak, di sebuah masjid di Texas, imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat. Pintu diketuk dan seorang lelaki menjengukkan wajah.

Rambutnya panjang berikat, misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar.Gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan 'cooper' Harley Davidson- Live to Ride! "Nama saya Carlos." Tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya.

Imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing ini. " Saya ingin memeluk Islam." Suara garuk keluar dengan lancar dari ulas bibirnya. Imam tidak menjangka mendengar itu daripada lelaki ini. Sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuh tatoo.

Di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib; gambaran Jesus. Pada lengan sasanya terdapat gambar wanita mendukung bayi; gambaran Mary mendukung Jesus. Badannya jadi kanvas memperaga mural keagamaan seperti yang terdapat di dinding gereja ortodoks.

Imam menyahut permintaannya. Carlos diajarkan dua kalimah syahadah. Setelah berjaya menyebutnya dengan lancar, Carlos berhenti seketika melayan emosinya; bergenang air pada kelopak matanya yang redup. "Apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang Muslim, wahai Carlos?" Carlos merenung lembut ke wajah imam. "Saya membesar sebagai seorang Kristian sejati." Dia memulakan cerita, seperti ada bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu. "Sejak kecil saya dididik menyayangi Jesus.' Bicaranya lancar. Imam mengangguk-angguk mendengar dengan tekun".

"Kasih sayang terhadap Jesus menjadi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus." Dia menunjuk ke serata tubuhnya. "Saya benar-benar menyayangi Jesus...." dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan. "Semuanya berjalan seperti biasa hinggalah tiga hari lepas." Dia terhenti seketika. "Pada malam itu saya bermimpi. Saya melihat cahaya dingin yang terang-benderang; ia begitu menyilaukan. Di balik cahaya itu, terdengar suara yang sangat jelas, menyeru nama saya: Carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus dengan ikhlas, jadilah seorang Muslim... Hanya Islam meletakkan Jesus pada kedudukan yang benar."

Carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak dan terjaga daripada tidur. "Mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam-malam berikutnya. Ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari."

Carlos menutup kisahnya tepat pada masa saat azan Isyak dilaungkan. Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! Gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke kalbu Carlos. Habis azan, imam bangkit untuk keluar. "Apa yang harus saya buat sekarang?" tanya Carlos meminta bimbingan. " Kamu ikut sahaja apa yang saya lakukan sepanjang solat nanti," ujar imam penuh mesra.

Berdirilah Carlos di saf belakang imam. Dia mengikut perlakuan imam; qiam (berdiri), rukuk, iktidal dan sujud daripada satu rakaat ke satu rakaat. Kesemua itu dilakukan dengan begitu sukar dan kekok, namun terserlah ketundukannya sebagai seorang Muslim.

Selesai imam memberi salam, Carlos masih khusyuk di dalam sujudnya. Selang beberapa detik berlalu, imam bang under dan duduk di sebelah Carlos yang masih sujud. "Carlos... kita telah habis solat." Imam menggoncang tubuh Carlos.

Tubuh itu terkulai dan terbaring; imam segera merapatkan telinga ke dada Carlos. Sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi. Terluncur dari bibir imam: Inna lillah wainna ilaihi raji'un." Carlos rupanya telah meninggal dunia. Allah menjemput pulang Carlos dalam sujudnya yang terakhir. Pulang dalam keadaan bersih sesuci bayi yang baru lahir. Baru tadi dia mengucap syahadah disaksikan azan Isyak; pada sujud solat Isyaknya pula ia pulang menghadap Tuhannya. Allah berkuasa memberi hidayah kepada Carlos pada saat terakhir hidupnya, walaupun sebelum itu dia tidak pernah kenal erti Islam dan kebenarannya.

Dia ditakdirkan oleh Allah untuk diberi hidayah dan tergolong sebagai orang yang beruntung.

Rasulullah S.A.W menyebutnya tentang ini dalam sabda baginda: "Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, ada dikalangan kamu yang melakukan amalan ahli neraka sepanjang hidupnya sehingga antaranya dan neraka tinggal sehasta sahaja lagi, maka datang baginya ketentuan yang telah tertulis buatnya lalu dia melakukan amalan ahli syurga lalu masuklah di kedalam syurga." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hidayah itu milik Allah, beruntunglah kepada sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Semoga kita semua termasuk golongan yang mendapat Hidayah dan Taufik daripada Allah SWT..

Sumber: Cerita ini diambil daripada Majalah Q & A, Edisi Perdana di ruangan Cermin Ajaib.(copy[truncated by WhatsApp]

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Pasar dan Bahasa Selanga

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa ma

Pendamping Manusia 'Qarin' dan 'Abdullah Afiat'

Sekadar Perkongsian Dan Mohon Teguran. Rasanya ramai yang tahu tentang jin pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Qarin'. Tapi jarang kita dengar tentang malaikat pendamping manusia yang dikenali sebagai 'Abdullah Afiat'. Qarin berperanan sebagai pendorong untuk buat perkara2 jahat, sementara Abdullah Afiat pendorong melakukan kebaikan. Menjadi persoalan, antara dua makhluk pendamping ini, siapa yang lebih kuat memberi pengaruh dalam tindakan seharian manusia? Jawapan: Cara kehidupan Qarin dan Abdullah Afiat sangat bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Jika kita mulakan sesuatu seperti makan, rehat, bersenam, mandi, tidur dan sebagainya dengan bacaan Bismillah, ia akan memberi kesan yang baik kepada Abdullah Afiat dan kesan yang buruk kepada Qarin. Dan begitulah sebaliknya. Menjaga dua makhluk pendamping manusia bukanlah tugas kita, tetapi cara kita menjalani kehidupan kita yang memberi kesan kepada kedua-dua pendamping ini. Sal

Kronologi pembunuhan allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

(Gambar allahyarhamah  Juliana Md. Fuzi) (Pembunuh NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI) KETERANGAN PEMBELAAN A. OKT1 1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa it