Saturday, April 5, 2014

"ma-LIE-sia" Siapa patut dipersalahkan?



Dalam isu kehilangan pesawat MH370, negara terus dibebani dengan pelbagai kritikan dan spekulasi sehingga ada beberapa pihak media luar mula mengkritik dan mempertikai cara negara kita menangani krisis tersebut. Apa yang lebih menyedihkan apabila negara turut difitnah dan dituduh sebagai punca kehilangan pesawat terbabit.



Apabila kedaulatan negara mula dipersoalkan oleh negara asing, kita sebagai rakyat seharusnya berfikiran rasional dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Seperti yang ditulis oleh Fairuz Azmi dalam article blog bertajuk Dear Malaysian cc:DS Najib Tun Razak (Klik Sini) yang cuba memberi kesedaran kepada kita berkaitan keadaan semasa.

Usah bercakap mengenai politik andai bukan kedaulatan negara yang diperjuangkan. Dari pihak mana sekalipun anda, walau apapun kedudukan anda, siapapun anda, tugas menjaga keharmonian negara ini tetap berada dibahu anda. Jika sekadar nak dilihat sebagai seorang yang mahir dalam segala perkara tanpa mengetahui fakta sebenar, anda sebenarnya sedang berusaha menghancurkan negara ni.

(CNN & FOX dikecam)


Tolonglah hentikan spekulasi dan tuduhan yang boleh menjatuhkan negara kita. Jika media luar sibuk mengkritik kemampuan negara kita, siapa lagi yang boleh mengembalikan keyakinan mereka jika bukan daripada rakyat kita sendiri. Demi Bumi Yang kita Pijak, Demi Langit Yang Kita Junjung, MALAYSIA.

2 comments:

  1. terlalu hangat kisah ni... sampailah sekarang menjadi spekulasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap peristiwa ni berakhir dengan baik...risau bile fikir2.. =(

      Delete