Friday, May 23, 2014

Kata Cinta Rasul

Petikan Movie "99 Kali Rindu"

Siapakah mereka yang paling mulia di sisi Allah?

Langit Madinah Hening, Bening.
Seluruh Madinah menjadi sepi.

Para sahabat bertanya,
siapakah yang Nabi maksudkan itu?
siapakah mereka, iman yang lagi mempesona itu?

Para sahabat terdiam. Menahan nafas.
Bagai terhenti detak jantung mereka, menanti sabda junjungan mulia, Muhammad Rasulullah S.A.W.

Nabi berkata.
Merekalah saudaraku.
Mereka tiba saat aku telah pergi.
Membenarkan dan mempercayai walaupun tidak pernah menemuiku.
Mereka beriman pada yang ghaib, mendirikan solat, dan mengeluarkan sebahagian rezeki mereka yang dijurniakan Allah.

Saat itu, anak mata baginda Rasulullah sudah bergenang.
Suaranya parau.
Tapi tetap tabah mengeluarkan sabda.
"Alangkah bahagianya jika aku menemui mereka. Rindunya aku pada mereka".

Para sahabat bertanya.
"Engkau menangis Rasulullah? Engkau rindukan umatmu wahai Nabi Allah?".

Kau rindukan kami?
Tapi kenapa kami tidak pernah mengigatimu.
Melupakanmu.
Sedangkan di hujung nafasmu, dirimu masih mengigati kami.
Kau melirih...Umatku..Umatku..Umatku..

Malunya kami padamu wahai Rasulullah..

No comments:

Post a Comment