Thursday, October 30, 2014

Isteriku BerNiqab. Alhamdulillah



Aku cuma lelaki biasa. Pernah beberapi kali couple dan berskandle. Suka tngok anak2 dara yang seksi2 n mantop2. Lau setakat keluar dating n pegang2 tu rasanya dah mcm benda biasa. Bagi aku time tu, kira normal la kot (ayat orang jahil). Dan time tu jugak, pandangan aku terhadap orang berNiqab ni agak kejam la. Bagi aku, Niqab tak semestinya baik. Ramai orang muda pakai Niqab ni sebab terpaksa nan just nak belagak alim.

Tapi Allah tu maha hebat. Siapa sangka, Allah tarbiah aku mudah je. Yuppp...
Memang mudah sangat. Just melalui PERKAHWINAN!!!

Cerita dia mcm ni..

Alhamdulillah...Saya berkenalan dengan isteri saya cuma 1 bulan sebelum majlis akad nikah kami
 iaitu pada 30 ogos 2014 lepas. Tempoh perkenalan yang sangat singkat dan sangat2 terbatas lebih-lebih lagi bila semuanya diatur oleh ibu bapa kami. Sejujurnya, saya cuma kenal muka bakal wife  saya tu time merisik je. And just sekali je. Kira ingat2 lupa je muka dia.


Selepas majlis merisik, tak banyak kami berhubung melalui telefon atau sms. Selalunya melalui orang tengah.  Sebelum majlis akad nikah kami, pernah sekali dia hantar pesanan sms semata-mata untuk mintak maaf. Tapi sms dia tu dah buat perspektif aku berubah 360% terhadap orang perempuan berNiqab ni. Antara kandungan msg dia:

"Assalam awak. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya n terima kasih kerana sudi menerima saya. Sebelum majlis akad nikah, saya nak mintak ampun dan maaf dengan awak. Mungkin awak tak pernah terfikir untuk dapat isteri berNiqab. Mungkin awak segan dapat isteri macam saya. Maaf sebab saya tak seksi macam skandle2 awak.Mungkin cara berNiqab ni terlalu asing untuk awak.

Tapi percayalah wahai bakal imam ku. Bakal isterimu ini sedang berusaha menjaga maruah dirinya untuk kemuliaan bakal suaminya."

Aku kelu dan tak tau nk jawab apa time tu. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat2. Hadiah yang sangat hebat dari Allah.. 

Dan yg lagi nice, she only 18 right now n just she wear Niqab dikalangan family dia. Aku yakin dan percaya dia kuat. Ya Allah..Terima kasih..

2 comments:

  1. Terharunya baca..

    Hye, Esgesee menawarkan harga yang berpatutan terutamanya kepada pembeli borong, peniaga pakaian mahupun agent dropship

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html

    ReplyDelete